Wednesday, July 21, 2010

Pameran MPV kembali lagi.....kali ini lebih hangat...

A'kum...& Salam sejahtera....Pameran MPV kembali lagi....dengan penampilan produk-produk pelajar mpv yg hangat dan mantap hasil kerja pelajar-pelajar tingkatan 5 MPV Produksi Multimedia dan Grafik Berkomputer. Jadi siapa yang tak datang melawat ke Pameran ini rugilah...hehhe apa pun...besok hari kemuncak pameran iaitu Perasmian Penutupan Pameran MPV 2010 yang akan disempurnakan oleh Tuan Pengetua kita sendiri. Pada hari itu juga, ada peserta pameran akan dianugerahkan Peserta Pameran Terbaik yang akan membawa pulang Plak Penghargaan tajaan Pustaka Perdana dan Hamper tajaan Amirjani Enterprise manakala kelainan tahun ini adalah pihak penganjur ada menyediakan hadiah berupa hamper kepada AJK pameran yang berkomitmen tinggi bagi menjayakan pameran ini. setakat pagi dan petang tadi pengunjung berpusu-pusu datang memeriahkan pameran. nampaknya setakat itu dulu catatan Pameran 2010 untuk hari ini...

Sunday, January 24, 2010

Sesi Sek 2010

A'kum....murid2 semua sesi 2010 membuka tirainya, harapan ckg murid2 semua sudah bersedia uintuk berjuang untuk mencapai matlamat dan kecemerlangan

Monday, November 23, 2009

SPM 2009

A'kum & Salam Sejahtera

Kepada murid-murid yang sedang menghadapi SPM jgn lupa terus berjuang. jgn cepat mengalah. ingat inilah peluang untuk mengubah masa depan anda......Cikgu disini sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua.

Cuti Sekolah kembali lagi

A'kum & Salam Sejahtera

Selamat bercuti kepada murid-murid & guru-guru semekar...maka tamatlah sesi persekolahan 2009 tp kita akan berjumpa pula pada sesi yang akan datang 2010. masa yang ada ini gunakanlah untuk muhasabah diri, semak balik apa kelemahan dan apa kekuatan pada diri masing-masing supaya apabila sesi 2010 bermula terus boleh aplikasi strategi membaiki kelemahan. ingat masa amat cepat berlalu.
oklah pesanan cikgu masa cuti ini gunakan sebaik mungkin, jgn buang masa begitu saja. kita berjumpa lagi jan 2010.....babai

Thursday, September 10, 2009

Makluman Cuti Peristiwa & Hari Raya Aidifitri

Makluman kepada semua pelajar cuti sekolah bermula 16 hingga 27 September 2009. Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar dan kesempatan ini juga cikgu ambil untuk mengucapkan Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar muslim. Cikgu memohon maaf andai ada terkasar bahasa. Semoga ceria selalu.

Bengkel DST






Bengkel Digital Story Telling telah diadakan di PKG Kudat dimana 4 orang pelajar tingkatan 4 Produksi Multimedia telah menyertai bengkel tersebut bersama dengan pelajar dari SM Lok Yuk, SMK Kudat dan SMK Kudat 2. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah:

1. Mohd Luqmanul Hakim
2. Mohd Qrisha Farhana
3. Charcveus
4. Mariam



Didalam bengkel tersebut pelajar didedahkan dengan teknik-teknik penghasilan video cerita pendek menggunakan perisian Ulead Video Studio 10.0. Manakala diakhir bengkel pelajar perlu membentangkan persembahan DST masing-masing.

Thursday, April 2, 2009

Pelancaran Blog MPV Semekar

Blog ini baru sahaja dilancarkan oleh itu sama-samalah kita memeriahkannya.Hantarlah sebarang komen bagi memantapkan lagi blog kita ini. Sekian terima kasih atas perhatian anda